miji505
Number of posts : 30 Age : 47 lokasi ekau kek mano?? : di mana ada line internet celcom, di situ la lokasi den.. Registration date : 2008-11-18
| Subject: Tolong sampaikan pada si dia... Fri Dec 05, 2008 10:46 am | |
| tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa
tolong nasihati si dia, jgn mencintaiku lbh dari dia mencintai Yang Maha Esa
tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
tolong nasihati si dia, jgn mendoakan aku lbh dari dia mendoakan ibubapanya
tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya
tolong ingatkan si dia, aku lbh cintakan zuhudnya bukan harta
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya
tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Kuasa
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya
tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cinta-cita belum terlaksana
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
tolong pesan padanya, aku tak mahu menjdai punca kegagalannya
tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakannya
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan citan-citanya
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagai dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri
hanya Engkau ya Allah mengetahui siapa si dia
moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia
kekasih simpanlah pesanan ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti
di sini................... | |
|