Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
Apabila berada di sisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya. Kemudian letakkan tangan pada dahinya serta tanya mengenai penyakit dan keadaannya.
Berdoa supaya dia segera sembuh.
Ceritakan kelebihan sakit yang dialami sahabat, rasul dan nabi serta orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa gelisah dengan kesakitan dialaminya.
Berikan nasihat yang baik serta ucapkan perkataan yang dapat meredakan kesakitannya seperti "bersabarlah, kesakitan ini adalah satu ujian."
Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya.
Sunat dibacakan doa untuknya, seperti dalam hadis yang dinyatakan at-Tirmidzi yang bermaksud: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."
Petikan dari Harian Metro